Monday 28 May 2012

Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan


5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian:
1.      Pendedahan perlu di beri diperingkat awal iaitu perlu diterapkan dalam kehidupan sewaktu kecil dimana ibu bapa menyediakan computer dirumah untuk anak-anak mempelajari proses penggunaan komputer secara asas.
2.      Guru-guru di sekolah haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan teknologi yang ada seperti penggunaan komputer riba dan juga kemahiran menggunakan kemahiran asas komputer seperti Microsoft Word, Powerpoint dan juga Excel. Pada dasarnya, guru haruslah melengkapkan diri dan membiasakan diri dengan kemahiran-kemahiran asas komputer sebelum dapat membantu para pelajar menguasai teknologi ini. 
3.      Bahan video dalam bentuk digital dapat digunakan sebagai satu medium untuk meningkatkan mengakses kepada bahan kursus. dalam pengajaran pembelajaran yang berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual, klip video juga boleh digunakan untuk menunjukkan tunjukcara yang sukar.
4.      Mengalakkan agensi kerajaan dan swasta menyediakan kemudahan sistem pengkalan data bagi kegunaan harian masyarakat seperti e-filing, e-bay, e-goverment. Oleh itu masyarakat akan berusaha menguasai bidang teknologi ICT bagi membolehkan mereka mengekses dan menggunakan kemudahan yang disediakan.
5.      Komunikasi dan pembelajaran melalui e-mail. Ini kerana di sebabkan oleh kesuntukan masa dan saiz kelas yang besar munkin menyebabkan guru tidak dapat bertinteraksi dengan pelajar di kelas dengan berkesan. Oleh itu, komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar melalui E-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan supaya mereka saling bertukar pendapat, idea serta bekerjasama.
 
Url YouTube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan:

No comments:

Post a Comment