Sunday 13 May 2012

membudayakan ICT dikalangan Jururawat


1. Penggunaan ICT pada masa kini dikalangan jururawat memainkan peranan yang penting kerana ianya dapat membantu jururawat untuk melakukan jagarawatan keatas pesakit dengan lebih efisien dan selamat.

2. Pada masa kini kebanyakan wad – wad terutamanya di PPUKM menggunakan komputer dan komputer riba secara meluas bagi mengakses data- data peribadi pesakit, proses kemasukan dan proses discaj dari wad.

3. Halangan – halangan yang mungkin dihadapi oleh para jururawat adalah sukar untuk mencari masa yang sesuai untuk menggunakan komputer semasa bertugas dan tidak mahir dalam menggunakan komputer atau komputer riba.

4. Disini saya ingin memberikan cadangan supaya para jururawat dapat menghadirkan diri dalam kursus- kursus yang melibatkan penggunaan komputer dengan lebih kerap supaya dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer mereka.

5. Penggunaan ICT terutamanya dalam penggunaan komputer dapat membantu dalam proses membantu dalam perawatan pesakit dan dapat membantu dalam pemberian maklumat seperti berkenaan dengan penyakit dan ubatan.

12 comments:

  1. ICT dikalangan jururawat perlu diterapkan dalam tugasan harian bagi memenuhi keperluan masa kini dalam memberi perawatan kepada pesakit.

    ReplyDelete
  2. Kepentingan ICT di kalangan jururawat amat dititikberatkan bagi memantapkan lagi penggunaan dan kemahiran dalam melakukan proses rawatan dan jagarawatan sejajar dengan era globalisasi masa kini

    ReplyDelete
  3. penggunaan ICT di dalam menjalankan perawatan keatas pesakit haruslah dipertingkatkan,memandangkan dunia global sekarang amat mementingkan ICT. pesakit kini lebih maju jika jururawat tidak membudayakan ICT dalam kerjaya mereka apakah pandangan pesakit nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Profesion kejururawatan perlu selari dengan kemajuan teknologi bagi memastikan ia relevan pada era ini. Perkembangan ini adalah amat penting bagi menggunakan konsep asas kejururawatan dengan teknologi bagi mengubah tanggapan dan cara penyampaian berhubung penjagaan kejururawatan.

      Delete
  4. Seiring dengan kemajuan IT yang pesat berkembang masakini,jururawat juga perlu mengorak langkah ke depan untuk memajukan diri dalam bidang IT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat bersetuju bahawa membudayakan ICT di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut.Kita perlu bergabung tenaga dalam mencetuskan idea-idea untuk melakukan penambahbaikan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui bidang kepakaran.
      SITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )

      Delete
  5. semua jururawat haruslah mempunyai kepakaran dalam penggunaan ICT kerana banyak peralatan moden telah digunapakai dalam menjalankan perawatan kepada pesakit.

    ReplyDelete
  6. Untuk merealisasikan budaya ICT dikalangan jururawat, jururawat itu sendiri mesti berfikiran terbuka dan bersikap positif tentang perubahan ini. Sokongan dari pihak atasan amat perlu dan adalah lebih baik jika mereka sendiri menjadi 'ROLE MODEL' untuk memantapkan kualiti penjagaan pesakit.

    ReplyDelete
  7. saya bersetuju penggunaan ICT dikalangan jururawat dapat melahirkan seorang jururawat yang berpengetahuan dan efiyen serta bermutu tinggi.

    ReplyDelete
  8. Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dihuraikan di atas.Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT.Bagi merealisasikan matlamat tersebut banyak pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menjayakan matlamat ini.Kemudahan peralatan mencukupi seharusnya perlu disediakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran hospital dapat membantu jururawat melakukan tugasan dengan cekap dan lancar.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien

    ReplyDelete
  9. amat bersetuju dengan pendapat rakan2 di atas..sewajarnya kita sebagai jururawat perlu memberi semangat dan galakkan kepada rakan2 lain yang tiada perlu untuk mendalami IT..

    ReplyDelete
  10. Seseorang jururawat dapat merangka perawatan yang berkesan dan berterusan bagi membawa perubahan dinamik dalam penjagaan dan perawatan pesakit. Kelebihan internet secara berterusan dapat membantu jururawat dalam melancarkan proses jagarawatan pesakit melalui pelbagai perkara contohnya dari segi perawatan,ubat-ubatan,penjagaan rawatan pesakit dirumah,rawatan susulan,keselamatan pesakit di wad dan dirumah.Dengan adanya internet berterusan di dalam bidang kejururawatan ini dapat meningkatkan pendidikan jururawat dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pesakit-pesakit.

    ReplyDelete