5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi
dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian:
1.
Pendedahan perlu di beri diperingkat awal iaitu
perlu diterapkan dalam kehidupan sewaktu kecil dimana ibu bapa menyediakan
computer dirumah untuk anak-anak mempelajari proses penggunaan komputer secara
asas.
2.
Guru-guru di sekolah haruslah terlebih dahulu
menyesuaikan diri dengan teknologi yang ada seperti penggunaan komputer riba
dan juga kemahiran menggunakan kemahiran asas komputer seperti Microsoft Word,
Powerpoint dan juga Excel. Pada dasarnya, guru haruslah melengkapkan diri dan
membiasakan diri dengan kemahiran-kemahiran asas komputer sebelum dapat
membantu para pelajar menguasai teknologi ini.
3.
Bahan video dalam bentuk digital dapat digunakan
sebagai satu medium untuk meningkatkan mengakses kepada bahan kursus. dalam
pengajaran pembelajaran yang berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual,
klip video juga boleh digunakan untuk menunjukkan tunjukcara yang sukar.
4.
Mengalakkan agensi kerajaan dan swasta menyediakan
kemudahan sistem pengkalan data bagi kegunaan harian masyarakat seperti
e-filing, e-bay, e-goverment. Oleh itu masyarakat akan berusaha menguasai
bidang teknologi ICT bagi membolehkan mereka mengekses dan menggunakan
kemudahan yang disediakan.
5.
Komunikasi dan pembelajaran melalui e-mail. Ini
kerana di sebabkan oleh kesuntukan masa dan saiz kelas yang besar munkin
menyebabkan guru tidak dapat bertinteraksi dengan pelajar di kelas dengan
berkesan. Oleh itu, komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan
pelajar melalui E-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan supaya mereka
saling bertukar pendapat, idea serta bekerjasama.
Url YouTube kreatif &
inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan: